Salam Silaturrahim KETENGAH 2015

Bersempena dengan hari Sukan Negara yang disambut serentak di seluruh Negara pada 10 Okt 2015, KETENGAH turut sama menjayakannya dengan mengadakan Program Salam Silaturrahim KETENGAH 2015 bertempat di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Program ini berjaya menghimpunkan semua warga KETENGAH termasuklah kakitangan anak Syarikat KETENGAH. Program ini telah disempurnakan perasmianya oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Pelbagai program telah diatur dengan dimulai dengan senamrobik, pertandingan memasak, cabutan bertuah, dan pelbagai acara sukan. Juara keseluruhan telah digondol oleh rumah yang diketuai oleh Dato’ Pengurus Besar iaitu Rumah Pengkalan Gawi (Merah).

placeholder
Selamat Hari Raya Aidiladha
placeholder
Pemantauan Projek Oleh Pengurusan Tertinggi KETENGAH

Artikel Lain