Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Wilayah KETENGAH Tahun 2018

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Sehubungan dengan itu KETENGAH turut menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KETENGAH bertempat di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Pada edisi kali ini KETENGAH bersama-sama masyarakat setempat dan pihak sekolah telah berkerjasama dalam menjayakannya. Acara dimulakan dengan senamrobik disusuli dengan berbasikal, berjalan kaki dan cabutan bertuah turut disediakan. Hadir sama pada majlis tersebut YM Tg Ahmad Nadzri bin Tg Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Pengetua, Guru Besar dan pemimpin masyarakat.

placeholder
Tawaran penyewaan dan pengoperasian kemudahan limbungan (dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
JASAMU TETAP DIKENANG

Artikel Lain