Sekumpulan 7 ekor gajah kini ditempatkan di KEV

Kenyir Elephant Village (KEV) kini menerima Sekumpulan 7 ekor gajah yang telah dilatih di Sungai Dekar. Gajah yang separuh jinak ini terdiri dari empat jantan dan tiga betina telah dilatih oleh pelatih dari Perhilitan dibantu oleh pakar gajah dari Kelantan dan Thailand. Menurut Mohd Taufik bin Abdul Rahman yang merupakan Pengarah Bahagian Eko-Pelancongan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), gajah akan dilatih selama empat bulan dan setahun di pusat gajah Sungai Dekar. Watikah penyerahan ini telah diterima oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Tasik Kenyir di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri,Tengku Mohd Ariffin bin Tengku A Rahman. Beliau berharap dengan adanya KEV , dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk dan melonjakkan ekonomi setempat. Selain itu KEV akan menjadi pemangkin kepada Industri pelancongan di Negeri Terengganu dan Khususnya Tasik Kenyir. KEV ini akan menempatkan 30 ekor gajah apabila siap sepenuhnya kelak. Fasa pertama akan dibuka pertengahan tahun ini.

placeholder
Kenali Diri
placeholder
Majlis Perasmian Bicara Perniagaan

Artikel Lain