Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut

Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut, Pembantu Kemahiran di Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan. Beliau memulakan perkhidmatan di Lembaga Kemajuan Terenggau Tengah (KETENGAH) pada 15 Julai 1979 dengan menjawat jawatan sebagai Buruh Am. Setelah 39 tahun 11 bulan menabur bakti di KETENGAH, maka pada tanggal 30 Jun 2019 beliau telah bersara wajib. KETENGAH merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai penjawat awam di KETENGAH. Semoga kenangan bersama warga KETENGAH akan sentiasa tersemat dan tersimpan rapi dalam lipatan kenangan. Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut, Kami doakan semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki. 

Selamat Bersara En. Rosli bin Haji Ngah
Projek PROSPEK Meningkatkan Ekonomi Penduduk

Artikel Lain