Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019

9 Disember 2019 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Ketengah Holding telah menganjurkan Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019. Seminar bertemakan Wanita Gemilang Keluarga Terbilang ini berlangsung di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad Pengerusi KETENGAH. Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif  Ketengah Holding, Encik Mohd Radzi bin Md Noor Pengurus Pentadbiran dan Pembangunan Sumber Manusia KETENGAH dan Encik Emisham bin Embong Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Seminar yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini di sampaikan oleh Ybhg Prof. Madya. Ts. Dr. Sarifah Fauziah binti Syed Draman Penolong Rektor UiTM Bukit Besi, Puan Jameyah Sherif  Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Puan Rozieta Shaary (Ibu Rose) Pakar Motivasi Keibubapaan.

Pelbagai acara menarik turut diatur seperti jualan ‘Food Truck’, jualan dari usahawan setempat dan Kempen Derma Darah oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

placeholder
Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
Bantuan Dihulur Ringankan Beban

Artikel Lain