Seramai 86 Orang Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir Dibantu.

21 Jun 2020 (Ahad) Pengkalan Gawi Tasik Kenyir

Pada hari ini KETENGAH telah menyalurkan sumbangan kepada seramai 86 orang pengusaha pelancongan Tasik Kenyir (pengusaha rumah bot, bot laju dan pengusaha kedai) melibatkan peruntukan sebanyak  RM152,700 dalam usaha memulihkan sektor pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi KETENGAH, Senator Dato’ Razali Idris. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA); Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Dato’ Rozi Mamat, Pengurus Besar KETENGAH, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir,  Zalani Endut.

Program PPEK Tingkatkan Ekonomi Penduduk Kampung
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Wilayah Ketengah

Artikel Lain