Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi KETENGAH telah mengadakan Sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) SISPER Mobile KETENGAH yang diadakan bertempat di TD1303 Kuala Terengganu.
Objektif utama UAT tersebut diadakan adalah bagi membuat pengujian Aplikasi di samping mendapatkan pengesahan Dan maklumbalas daripada Pengguna berkenaan Aplikasi SISPER Mobile yang telah dibangunkan hasil daripada dapatan Bengkel Kajian Keperluan Pengguna yang telah diadakan sebelum ini. Diharapkan dengan penggunaan SISPER Mobile ini nanti akan menjadikan pengurusan KETENGAH pada tahun 2025 lebih sistematik Dan lebih terjamin dengan adanya tambahan fungsi bayaran tanpa tunai.
Sesi UAT ini telah dihadiri oleh Pengguna Sistem Perumahan KETENGAH seramai 14 orang iaitu wakil daripada Bahagian Tanah Dan Kuasa Tempatan termasuk Pejabat Perbandaran,Bahagian Kewangan Dan Perakaunan dan Bahagian Zon Bebas.
Hadir sama pada Sesi UAT SISPER Mobile ini Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH.