Ya, KETENGAH menyediakan kemudahan kanopi, kerusi meja serta dewan untuk disewa.

Permohonan penyewaan boleh dibuat kepada Bahagian Hartanah & Kuasa Tempatan, KETENGAH.

Bagi permohonan penyewaan gerai/bengkel di Al Muktafi Billah Shah, permohonan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Hartanah & Kuasa Tempatan, manakala bagi permohonan gerai/bengkel di perbandaran bolehlah di kemukakan ke Pejabat KETENGAH Perbandaran (Bukit Besi, Ketengah Jaya, Ceneh Baharu dan Seri Bandi).

Maklumat berkenaan sempadan tanah boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tunjuk Tanda Sempadan yang telah disediakan di Bahagian Hartanah & Kuasa Tempatan, borang ini juga boleh didapati di Pejabat KETENGAH Perbandaran (Bukit Besi, Ketengah Jaya, Ceneh Baharu dan Seri Bandi).

Suratan hakmilik (geran) rumah KETENGAH boleh diambil oleh penyewa apabila perkara berikut telah diselesaikan: Menjelaskan bayaran keseluruhan harga rumah tersebut. Telah menandatangani perjanjian jual beli rumah tersebut dan mengemukakan borang pengesahan daripada Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan.

Pengguna perlu ke pautan pantas yang terletak di sebelah atas dan mencari item ‘Orang Awam’. seterusnya klik pada item ‘SISPAA’ untuk membuat aduan. pengguna perlu mengisi borang yang telah disediakan.

Pengguna perlu menekan butang utama seterusnya klik pada ‘Orang Awam’ dan seterusnya klik pada ‘Tender dan Sebutharga’. sekiranya terdapat sebarang projek yang akan dijalankankan, senarai projek akan dipaparkan.

engguna perlu klik pada menu ‘Pelancong’ dan senarai tempat-tempat menarik akan dipaparkan. Pengguna perlu menekan nama tempat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan kawasan tersebut.

Setiap permohonan yang diterima oleh KETENGAH yang disertakan dengan maklumat-maklumat lengkap sebagaimana ditetapkan akan dibuat proses penilaian dalam tempoh tiga (3) bulan oleh Pengurusan KETENGAH.