Sumbangan Dihulur Kurangkan Beban

Senyuman jelas terukir di wajah Encik Haja Maidin Admi Sutan dan Encik Awang Ismail yang merupakan bekas kakitangan Ketengah apabila menerima kunjungan YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah. Kunjungan bertujuan mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin di samping menyampaikan bantuan bagi mengurangkan beban keluarga mereka. Encik Haja Maidin telah mengidap penyakit strok selama 1 tahun dan Encik Awang pula mengidap penyakit kanser. Hadir sama Encik Mohd Radzi Md. Noor, Pengurus Pentadbiran dan Pembangunan Sumber Manusia, Ketengah. Kami warga Ketengah sentiasa mendoakan dan berharap mereka terus tabah dengan dugaan yang dihadapi.

Sumbangan Prihatin Ketengah
placeholder
Penutupan Awal Santuari Kelah, Tasik Kenyir

Artikel Lain