Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

24 September 2020-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Pihak pengurusan dan warga Ketengah merakamkan rasa hiba atas bencana kebakaran rumah yang menimpa Encik Che Wan Salimi bin Che Wan Salim, Pembantu Awam.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 malam itu telah memusnahkan kediamannya. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Pihak Ketengah melalui Yang Berusaha Encik Mohamad Arif bin Arifin. Ahli Jemaah Lembaga Ketengah telah menyampaikan bantuan berupa wang tunai. Ketengah berharap Che Wan Salimi tabah dan cekal dengan dugaan yang dihadapi.

placeholder
Tawaran Penyewaan dan Pengoperasian Bangunan Pusat Perkhidmatan Gawi di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Pelan Pengurusan Risiko (CRM)

Artikel Lain