Sumbangan Peranti Telekomunikasi untuk PdPR

8 Julai 2021- Marang, Terengganu.

YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu bersama-sama YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah melancarkan Program Agihan Peranti PdPR kepada murid-murid terpilih Negeri Terengganu bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

Penyerahan dibuat secara pandu lalu memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa.

Pada kali ini KETENGAH tidak hanya menyumbang kepada pelajar dari Wilayah KETENGAH (Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu) malah kepada semua daerah di Negeri Terengganu termasuk Marang, Kuala Nerus, Besut, Setiu dan Kuala Terenganu. Sumbangan ini melibatkan sejumlah 900 unit peranti.

Sumbangan ini merupakan tanggungjawab sosial korporat KETENGAH yang bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam memberi keselesaan dan kemudahan terbaik buat anak-anak dalam mengikuti pelajaran serta suntikan semangat kepada pelajar untuk meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan.

Hadir sama pada majlis berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan YBhg. Encik Salim bin Ab Ghani, Pengarah Pendidikan Terengganu.

Sumbangan ini turut diadakan serentak di dalam wilayah KETENGAH.

source-15

YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat menyerahkan peranti dan wang tunai kepada penerima bantuan di daerah Marang.

source-16

Penyerahan di daerah Hulu Terengganu

source-17

Penyerahan di daerah Kemaman

source-18

Penyerahan di daerah Dungun.

Program Imunisasi COVID-19 Wilayah KETENGAH
Terima Kasih Pengerusi KETENGAH

Artikel Lain