Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH 2014

KETENGAH, sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik. Sehubungan dengan itu, pelajar miskin dan anak yatim bagi DUN Air Putih dan DUN Kijal pula dibantu menerusi Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK). TAMK merupakan sebuah tabung amanah yang diwujudkan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya yang menetap di Wilayah KETENGAH hasil sumbangan dari Anak – Anak Syarikat KETENGAH. Pada hari ini seramai 691 orang pelajar bagi DUN Air Putih dan 345 orang pelajar bagi DUN Kijal dibantu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 115,950.00. Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, telah hadir dan menyerahkan sumbangan tersebut. Beliau berharap, dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah meringankan beban yang ditanggung dan beliau berpesan kepada pelajar “gunakanlah wang ini demi memenuhi keperluan persekolahan yang bakal menjelma di tahun hadapan dan sentiasa berjimat cermat”. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan – Timbalan Pengurus Besar, Pengurus – pengurus Bahagian dan Pegawai KETENGAH serta wakil dari Pejabat Pendidikan. Selepas selesai majlis tersebut, Tuan Haji Wan Mat Amin kemudiannya melawat dan menyerahkan kunci rumah kepada keluarga Puan Halijah binti Ariffin yang mana rumah beliau telah mengalami kebakaran pada 15 Ogos 2014 yang lalu dan kini KETENGAH telah membantu beliau membina satu unit rumah baru menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) yang bernilai RM 40,000.00.

placeholder
Ketengah cipta rekod dalam Malaysia Book of Records
placeholder
Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan 2015 dan Halatuju Baru KETENGAH

Artikel Lain