Sumbangan Tabung CSR Ketengah Holding

21Oktober 2020 – Melalui Tabung Corporate Social Responsibility (CSR) Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB), pelbagai bentuk bantuan telah berjaya meringankan beban yang ditanggung oleh penerimanya sejak tabung ini diwujudkan. Pada 21 Oktober 2020 YB Senator Dato’ Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Besi, Madrasah Tahfiz Al-Quran Durian Mas Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan kepada keluarga Encik Johar bin Embong yang menghidap penyakit buah pinggang. Hadir sama YBrs. Encik Mohamad Arif bin Arifin, Ahli Jemaah Lembaga Ketengah dan Tuan Haji Mohd Zaid Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif KHSB. YB Senator Dato’ Razali turut melawat Ladang Ketengah Perwira Sdn. Bhd.

Program Pelepasan Benih Udang
Program gotong-royong di sekitar Santuari Kelah.

Artikel Lain