Tahniah kepada pemenang RBC 2016

Tahniah kepada 2 orang usahawan KETENGAH yang memenangi anugerah Usahawan Harapan
pada Majlis penyampaian Anugerah Rural Business Challenge (RBC) 2016 dan Pelancaran Realiti RBC 2017 di Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Kuantan Pahang.

Program ini merupakan salah satu program dibawah pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) Pembangunan Luar Bandar.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan belia khususnya di luar bandar memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka, banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan serta meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. Sekaligus, menjadikan kawasan luar bandar setanding dengan bandar dan menarik untuk didiami oleh golongan belia.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan program ini akan terus membantu lebih ramai usahawan belia luar bandar.

placeholder
Forum Perdana Ehwal Islam
placeholder
Lawatan Ketua Perwakilan Asing ke Tasik Kenyir

Artikel Lain