Tahniah Syarikat Ketengah Perwira Sdn. Bhd.

Program Penghayatan Maulidur Rasul
18/11/2019
Program Berkhatan dan Bertindik
24/11/2019

Tahniah Syarikat Ketengah Perwira Sdn. Bhd.

Syarikat Ketengah Perwira Sdn. Bhd. dinobatkan tempat ketiga Anugerah Syarikat Terbaik KPLB 2019. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB. Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam satu majlis Anugerah Syarikat Terbaik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) 2018 bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur yang berlangsung pada 18 November 2019 (Isnin). Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus lumus memacu prestasi terbaik syarikat ini setanding syarikat korporat yang lain. Pada majlis berkenaan juga YBhg. Dato’ Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH turut menyerahkan cek yang bernilai RM200,000.00 kepada YB. Menteri untuk disalurkan ke Tabung Amanah Baktidesa KPLB.

Font Resize
Contrast