TAMK di Seri Bandi

3 Mei 2021- Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu. Program Ketengah Ambik Cakne – Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH Sempena Bulan Ramadan diteruskan lagi untuk siri ke-2 bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Seri Bandi, Kemaman.

Sebanyak RM86,200 telah diagihkan kepada 431 orang penerima yang melibatkan golongan yang kurang berkemampuan dan orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang sakit melarat. YB Senator Datuk Razali bin Idris menyeru hadirin supaya mendaftar sebagai penerima vaksin dan KETENGAH juga telah menggerakkan Skuad Ambik Cakne KETENGAH untuk mendaftar orang ramai dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Hadir sama, YB Tuan Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kemaman dan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah.

Program Ketengah Ambik Cakne
Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Artikel Lain