Tawaran Penyediaan dan Pengoperasian Kemudahan Limbungan (Dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Ketengah mempelawa individu atau syarikat yang berminat mengoperasikan Kemudahan Limbungan (Dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir untuk mengemukakan Kertas Cadangan Pengurusan dan Pengoperasian Kemudahan Limbungan (DockYard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir.

2. Komponen-komponen yang ada sebagaimana berikut :-

  1. Slipway track (14m lebar) sepanjang 212m
  2. 2 tapak Service area
  3. Platform 130m – 148m (slipway gradient 8%)
  4. Kemudahan infra : Jalan masuk, paip air, sistem perparitan, dan sistem kumbahan septic tank 12 PE
  5. Pejabat urusan
  6. Dua set cradle termasuk satu transfer cradle
  7. Dua komponen winch

Tarikh Permohonan ditutup : 20 Oktober 2020

3. Sekiranya berminat, tuan/puan atau syarikat diminta hadir ke pejabat sebagaimana alamat untuk lawatan tapak dan Format Kertas Cadangan boleh dimuat turun melalui pautan yang disertakan, seterusnya mengemukakan permohonan bersama kertas cadangan yang lengkap kepada :-

Pengurus Zon Bebas
Pejabat KETENGAH,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu.

4. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 09-6668498 / 09-6660412.

Sekian, untuk makluman.

KPLB Komited Lahirkan Usahawan Wanita
placeholder
Tawaran Penyewaan dan Pengoperasian Bangunan Pusat Perkhidmatan Gawi di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Artikel Lain