Tawaran penyewaan dan pengoperasian kemudahan limbungan (dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Dimaklumkan bahawa Pengurusan KETENGAH mempelawa individu atau syarikat yang berminat mengoperasikan Kemudahan Limbungan (Dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu untuk mengemukakan Kertas Cadangan Pengurusan dan Pengoperasian Limbungan (Dockyard) kepada pihak pengurusan KETENGAH.

2. Komponen-komponen yang ada sebagaimana berikut :-
• ‘Slipway track’ selebar 12 meter dan sepanjang 212 meter
• ‘Gradient track’ – 8.30%
• 2 tapak ‘service area’ sepanjang 41 meter x 26 meter lebar
• Kemudahan infrastruktur seperti jalan masuk, paip air, tangki air dan tangki septik
• 1 unit pejabat urusan
• 1 unit stor penyimpanan barang
• 1 unit TNB sub station
• 3 sistem winch dengan kapasiti (main winch 15 ton) dan (transfer winch 10 ton)

Tarikh permohonan ditutup : 15 November 2018

3. Sekiranya berminat, tuan/puan atau syarikat diminta hadir ke pejabat sebagaimana alamat untuk lawatan tapak dan mendapatkan format kertas cadangan serta maklumat berkaitan seterusnya mengemukakan permohonan bersama kertas cadangan yang lengkap kepada :

Pengurus Zon Bebas,
Pejabat KETENGAH,
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu.

4. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 09-6668498/09-6660412.

Sekian, untuk makluman.

Bubur Asyura Eratkan Ikatan Silaturrahim
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Wilayah KETENGAH Tahun 2018

Artikel Lain