Tawaran Penyewaan Premis IKS Fasa 3 Bandar Ceneh Baharu

Dimaklumkan bahawa Pengurusan KETENGAH mempelawa individu atau syarikat yang berminat untuk menyewa premis IKS di Bandar Ceneh Baharu.

Kekosongan premis adalah sebagaimana berikut :-

  • IKS (3 Unit)
  • Bengkel (7 Unit)
  • Textile (5 Unit)
  • Pelbagai (1 Unit)

    Keluasan 30′ x 80′

3. Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:

  • Mempunyai lesen perniagaan berdaftar SSM yang sah.
  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada peniaga atau usahawan dalam wilayah KETENGAH

4. Sekiranya berminat, tuan/puan atau syarikat boleh memuat turun borang permohonan pada pautan yang disediakan https://bit.ly/twrnpremis-iks, seterusnya emel permohonan yang lengkap ke alamat perumahan@ketengah.gov.my .

5. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 09-8231121/1125/1128 Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, KETENGAH

6. Tarikh permohonan ditutup : 10 Oktober 2021

Sekian, untuk makluman.

MoU Di Antara KETENGAH Dengan UMT
Program Jom Senamrobik Virtual 2021 Sempena Hari Sukan Negara

Artikel Lain