Tinjauan Projek Oleh SUB KKLW

Dibawah Program Tansformasi Ekonomi Negara (PTE), Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) menggariskan 12 bidang Ekonomi Utama Negara. Dibawah NKEA Pertanian (EPP 7), Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah–buahan dan sayur–sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah dan Eropah. Wilayah KETENGAH juga mendapat manfaat daripada Program Trasformasi Ekonomi Negara apabila projek ladang berskala besar (EPP 7) yang bertempat di Kampung Ban Ho, Mukim Bandi, Kemaman, Terengganu beroperasi kelak. Kerja-kerja tanah sedang giat berjalan dan pemantauan projek sentiasa dijalankan. Tuan Haji Mohd Shafie bin Jusoh , Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, telah turun padang bagi melihat perkembangan projek pada 14 September 2015. Hadir sama pada lawatan tersebut En. Azmi bin Muda, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Usahawan, KETENGAH.

placeholder
Kenyir Motocross Merdeka Challenge 2015
placeholder
KUD Putrajaya Cycling 2015

Artikel Lain