logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Yayasan KETENGAH menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran

YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH telah menghulurkan bantuan kepada keluarga Encik Mohamad Lokman Hakim bin Alias iaitu mangsa kebakaran rumah yang disewanya bersama 4 ahli keluarga hangus dijilat api semalam.

Menurut beliau sumbangan tersebut amat bermakna buat keluarganya kerana semua barangan rumah, pakaian, motosikal dan kereta termasuk barang kemas musnah dalam kebakaran tersebut.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah, nilai kerugian barangan tidak termasuk rumah berjumlah kira-kira RM90 ribu.

Beliau amat bersyukur dengan keprihatinan Pengerusi KETENGAH dan pihak pengurusan yang begitu mengambil berat dan bertanya khabar atas nasib malang yang menimpa beliau dan keluarganya.