Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Bagaimana Ke Sana

Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Ini termasuklah Pusat Penerangan Pelancong, pusat jualan tiket bot, jeti penumpang, surau, kedai, kedai makan dan gerai, telefon awam, tandas awam, kawasan rekreasi dan kawasan berkhemah.


Jalan Udara


Bagi pengunjung yang ingin menggunakan penerbangan, MAS dan AirAsia menyediakan penerbangan harian dari KLIA dan LCCT untuk ke Kuala Terengganu. Dari situ anda boleh menyewa kenderaan yang bersesuaian ataupun menggunakan khidmat teksi untuk ke Tasik Kenyir. Pengunjung dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pula boleh menggunakan penerbangan Firefly untuk terbang terus ke Kuala Terengganu.


Jalan Darat


Jalan yang paling mudah ialah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur hingga ke Kuantan. Dari situ anda mempunyai dua pilihan iaitu menggunakan Jalan Jerangau Jabor hingga ke Ajil atau menggunakan jalan pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu sebelum sampai ke Ajil. Dari Ajil anda terus ke Kuala Berang dan kemudian terus ke Pengkalan Gawi. Bagi mereka yang datang dari utara anda boleh menggunakan dua jalan iaitu Lebuhraya Timur Barat melalui Gerik (Perak) ke Tanah Merah dan Pasir Putih (Kelantan) dan kemudian ke Besut hinggal ke Simpang Sungai Tong dan terus ke Tasik Kenyir. Anda juga kini boleh menggunakan Jalan Simpang Pulai – Kuala Berang melalui Gua Musang dan terus ke Tasik Kenyir.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
475
Bulan Ini
21,219
Jumlah
4,003,216

Kemaskini: 4 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.