Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Holding Ceriakan Aidilfitri 234 Anak Yatim Dungun

12 Mac 2025
KETENGAH Holding Ceriakan Aidilfitri 234 Anak Yatim Dungun

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak yatim dan yatim piatu apabila mereka telah terpilih sebagai penerima bantuan baju raya di sebuah pasaraya terkenal. Program yang dijalankan pada setiap tahun ini merupakan sumbangan dana daripada Ketengah Holding Sdn. Bhd. hasil daripada keuntungan dan disalurkan semula kepada masyarakat di dalam wilayah.


Pada hari ini seramai 234 orang pelajar melibatkan 25 buah sekolah di Daerah Dungun telah hadir ke sesi pemilihan pakaian raya di Pasaraya Jakel, Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.


Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, hadir menyantuni anak anak pelajar semasa memilih baju raya mereka. Hadir sama Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan dan pegawai kanan Ketengah Holding Sdn. Bhd.


Harapan KETENGAH agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban ketua isi rumah (KIR) dan menceriakan suasana dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.