Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (FA) Ladang Kontrak Tanaman Tembikai Wangi (Jade Dew) antara usahawan bimbingan KETENGAH, Encik Shariman bin Abd Rahman bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Gimik Penanaman Jade Dew telah diadakan bertempat di Projek Rintis AMBS Tanaman Kontan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli ini telah disaksikan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Encik Muhamad Fadlee bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu, yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Zainuddin bin Hj Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurusan KETENGAH, pegawai – pegawai FAMA dan Jabatan Pertanian.
Sejumlah 15,000 pokok telah ditanam dan dijangka dituai pada 24 Julai 2024 dengan anggaran hasil sebanyak 50 matrik tan.
Sejurus majlis tersebut, telah diadakan Gimik Penanaman Jade Dew sebagai simbolik perlaksanaan projek. YM Dato’ juga turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Projek Lembah Makanan KETENGAH bersempena program gotong royong yang turut diadakan melibatkan usahawan-usahawan bimbingan KETENGAH.