Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS KEMAHIRAN LANJUTAN JAHITAN DI BAWAH PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) TAHUN 2024

30 Mei 2024
KURSUS KEMAHIRAN LANJUTAN JAHITAN DI BAWAH PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) TAHUN 2024

Kursus Kemahiran Lanjutan Jahitan ini telah diadakan selama lima (5) hari bermula 26 hingga 30 Mei 2024 yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Kemahiran Berlian, Chukai.


Kursus ini melibatkan seramai 20 orang suri rumah dan ibu tunggal Wilayah KETENGAH daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah (B40). Peserta yang hadir telah diberi pengetahuan jahitan melibatkan jahitan Baju Korporat dan Baju Kurung Moden.


Program ini telah disempurnakan Majlis Perasmian Penutup oleh Yang Berusaha Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir sama Puan Norihan binti Ngah, Pengarah Kolej Kemahiran Berlian.


Semoga kursus ini dapat membantu dan memberi panduan yang betul kepada peserta jahitan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi seorang tenaga kerja mahir dan juga usahawan yang berjaya. InsyaAllah

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.