logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS PENGENALAN HOMESTAY WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengenalan Homestay Wilayah KETENGAH Tahun 2025 pada 2 Oktober 2025 bertempat di Kelab Golf Buki Besi (KGBB), Bukit Besi, Dungun, Terengganu Darul Iman sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Kursus yang telah berjaya menghimpunkan seramai 64 orang peserta terdiri daripada pengusaha homestay, inap desa, chalet, rumah bot dan rumah rakit dari tiga (3) daerah dalam Wilayah KETENGAH iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu ini telah disempurnakan perasmian penutupan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) yang mewakili YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Majlis yang turut diserikan dengan tarikan warisan keunikan tempatan seperti persembahan seni silat jawi Terengganu, persembahan kebudayaan tumbuk emping, demonstrasi anyaman mengkuang dan jualan produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini turut dihadiri oleh Pengurus-pengurus Bahagian, Ketua-ketua Unit KETENGAH dan Puan Asmah binti Mohd Yusoff, Penolong Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pensijilan TVET INFRA serta Puan Mazshida binti Ruslal, Pengarah MOTAC Negeri Terengganu yang mana kedua-duanya turut bertindak sebagai penceramah dan pemudahcara dalam penganjuran kursus siri ke-7 pada kali ini.

Melalui platform penganjuran kursus ini, peserta telah didedahkan dengan kefahaman terhadap syarat-syarat pendaftaran rasmi homestay dengan pihak MOTAC disamping penekanan terhadap aspek pengurusan, pemasaran dan peningkatan kualiti perkhidmatan yang lebih berdaya saing masakini.

Secara keseluruhannya, kursus yang diadakan ini telah mencapai objektif penganjuran di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar dan adalah diharapkan agar kursus ini sebagai pemangkin motivasi dalam memperkasakan pengusaha homestay ke arah peningkatan ekonomi di samping menyumbang kepada pembangunan pelancongan desa berasaskan komuniti dalam Wilayah KETENGAH.