logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

KETENGAH telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 bagi menghargai sumbangan dan prestasi cemerlang pegawai serta kakitangan dalam memacu kejayaan organisasi dan pembangunan luar bandar.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, yang menekankan bahawa anugerah ini adalah permulaan untuk mengekalkan momentum kecemerlangan. Beliau menyeru warga KETENGAH agar menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kerja dan mengekalkan semangat berpasukan dalam setiap tugasan.

Turut hadir ialah YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Md Razi bin Md Lazim, Pengarah Pejabat KKDW Negeri Terengganu, Dr Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Encik Mohd Farris bin Radzuan, Pengarah MARA Negeri Terengganu, wakil-wakil agensi dan pegawai serta kakitangan KETENGAH.

Majlis ini bukan sahaja menghargai pencapaian individu, malah menekankan kepentingan kerja berpasukan, profesionalisme, dan komitmen dalam memodenkan pembangunan desa.
Semua penerima APC 2024 diharapkan dapat mengekalkan prestasi cemerlang mereka serta terus menyumbang ke arah pembentukan ekosistem organisasi yang dinamik, sejajar dengan aspirasi kementerian dan kerajaan serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah kepada semua penerima atas dedikasi dan sumbangan mereka dalam memajukan KETENGAH dan komuniti luar bandar.