Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Penyaluran Bantuan Kit Bantuan Bencana KETENGAH ke Kawasan Terjejas Banjir

2 Disember 2024
Penyaluran Bantuan Kit Bantuan Bencana KETENGAH ke Kawasan Terjejas Banjir

KETENGAH amat memahami denyut nadi masyarakat wilayah yang dilanda musibah banjir dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). 


Sehingga kini daerah Dungun merupakan daerah yang paling terjejas dengan gelombang pertama banjir. Seramai 2466 orang dari 620 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS daerah Dungun dalam wilayah KETENGAH.


YBrs. Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan telah menyerahkan sumbangan tersebut di PPS SK Delong, PPS DORA Bukit Merah dan PPS Kg. Pinang Emas. Hadir sama Encik Fadhli Azizi bin Yusof selaku penyelaras Bilik Gerakan Bencana Wilayah KETENGAH.


Untuk makluman, setakat jam 5.00 petang seramai 2568 orang mangsa banjir dari 648 keluarga masih ditempatkan di 15 buah PPS dalam wilayah merangkumi daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.