Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

AKRAB KETENGAH RAIH TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN RERUAI TERBAIK SEMPENA SIMPOSIUM PSIKOLOGI DAN AKRAB KKDW 2026

22 Oktober 2026
AKRAB KETENGAH RAIH TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN RERUAI TERBAIK SEMPENA SIMPOSIUM PSIKOLOGI DAN AKRAB KKDW 2026

AKRAB KETENGAH berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Reruai Terbaik sempena Simposium Psikologi dan AKRAB Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026 menerusi reruai bertemakan “Desa Pintar”.


Simposium yang bertemakan “Why AI? Why Not You: AI Menjawab, Insan Memahami” ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang impak kecerdasan buatan (AI) terhadap aspek psikologi dan kesejahteraan warga kerja. Program ini turut memberi penekanan kepada usaha memperkasakan keupayaan warga kerja untuk mendepani perubahan teknologi secara positif, beretika dan sejahtera, di samping memperkukuh peranan Pegawai Psikologi dan AKRAB dalam menyediakan sokongan psikologi berteraskan nilai kemanusiaan.


Program tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKDW, dan menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkukuh kesejahteraan psikologi dan pembangunan modal insan dalam perkhidmatan awam.


Dalam majlis yang sama, Puan Norliza binti Mohd. Nor turut menerima penghargaan atas sumbangan dan pencapaian beliau. Sementara itu, Encik Kamil bin Ramli menerima pengiktirafan Mentor Terbaik, manakala Encik Muhammad Fikri Ashraf bin Hasmadi menerima pengiktirafan Menti Terbaik.


Reruai AKRAB KETENGAH menampilkan pelbagai produk kraf dan permainan tradisional seperti congkak, Musang Berjanggut dan jentik getah. Pengisian ini bukan sahaja mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan tempatan, malah memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali serta menghayati permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat.


Hadir sama ialah YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, yang turut memberikan sokongan terhadap penglibatan AKRAB KETENGAH dalam program berkenaan.


Pencapaian ini diharap dapat menyuntik semangat kepada warga AKRAB KETENGAH untuk terus memperkukuh peranan sebagai rakan pembimbing serta menyokong pembentukan persekitaran kerja yang positif, sejahtera dan berdaya tahan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
1,318
Bulan Ini
47,938
Jumlah
3,992,818

Kemaskini: 26 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.