Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BEKAS PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH

28 April 2025
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BEKAS PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH

Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu | Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bekas Pegawai dan Kakitangan KETENGAH telah berlangsung meriah dengan kehadiran seramai hampir 200 orang.


Program ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahim berikutan masing-masing berjauhan setelah meninggalkan perkhidmatan di KETENGAH disamping memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025.


Pengerusi Persatuan Pesara KETENGAH, YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail yang juga Mantan Pengurus Besar KETENGAH menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pesara yang hadir dan kepada urus setia yang menganjurkan majlis ini. Dalam majlis yang sama Persatuan Pesara KETENGAH juga menyampaikan sumbangan kepada 2 orang pesara yang akan menunaikan Ibadah Haji.


Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.