logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN)

Seramai 20 orang Pegawai dan kakitangan KETENGAH yang terlibat secara langsung sebagai Penggerak Masyarakat telah mengikuti bengkel ini dengan kerjasama Bahagian Kesejahteraan Rakyat dan Bahagian Komuniti Desa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik. Lima (5) komponen utama SPKR ialah :

  • Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS)
  • ⁠Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)
  • ⁠Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
  • ⁠Program Bina Insan (PBI)
  • ⁠Program Komuniti Sejahtera (PKS)
 

Penerangan tentang program tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU), Bahagian Kesejahteraan Rakyat KKDW, Encik Zuraime bin Ahmad.

Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) pula diwujudkan bagi mengumpul maklumat dan data kampung serta kawasan penempatan masyarakat di dalam satu pangkalan sistem yang komprehensif. 

Sistem ini menjadi rujukan utama peringkat nasional di samping memberi panduan dalam perancangan dasar dan strategi pembangunan negara (bandar dan luar bandar) pada masa hadapan. Topik ini telah dikupas oleh KPSU Bahagian Komuniti Desa KKDW, Encik Azman bin Maarof dan pasukan.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki. Turut hadir Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Encik Faizol bin Abd Aziz.