Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH MEWARNAI KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI PERHIMPUNAN BULANAN KKDW

4 Jun 2026
KETENGAH MEWARNAI KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI PERHIMPUNAN BULANAN KKDW

KETENGAH sekali lagi diberi peluang untuk menampilkan persembahan khas sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi bulan Jun 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.


Pada edisi kali ini, KEMAS telah dilantik sebagai penganjur dan turut mengadakan persembahan. KETENGAH telah menampilkan persembahan sketsa bertajuk “Mike Returns”, iaitu kesinambungan daripada persembahan pada tahun lalu.


Sketsa tersebut mengisahkan Mike yang kembali ke Malaysia bersama tiga orang rakannya untuk meneroka keindahan Tasik Kenyir. Persembahan ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan unggul serta mengetengahkan keunikan warisan, budaya dan kehidupan masyarakat desa di kawasan sekitar tasik.


Persembahan ini bukan sahaja menghiburkan para hadirin, malah menjadi medium promosi yang kreatif dalam memperkenalkan produk pelancongan dan khazanah alam semula jadi yang terdapat di wilayah KETENGAH kepada warga KKDW dan agensi-agensi di bawahnya.


YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata "Saya melihat usaha seperti yang dilaksanakan oleh KETENGAH melalui Projek Lembah Makanan, tanaman nanas komersial, ternakan ayam pedaging dan pembangunan rantaian makanan sebagai contoh pendekatan yang wajar diperluaskan".


Majlis turut menyaksikan pelancaran Pelan Strategik KEMAS 2026–2030 yang menjadi panduan bagi tempoh lima tahun akan datang.


Hadir sama dalam majlis berkenaan YBhg Dato' Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH, YM Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan barisan Pengurusan KETENGAH.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan KETENGAH yang telah bertungkus-lumus menjayakan persembahan “Mike Returns” serta mengharumkan nama organisasi dalam usaha mempromosikan pelancongan desa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
466
Bulan Ini
17,401
Jumlah
3,962,281

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.