Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2024 dan Majlis Sambutan Hari Inovasi KKDW Tahun 2024 bertempat di Lobi dan Dewan Seri Lestari, KKDW.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Dalam majlis tersebut KETENGAH telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Teknikal KKDW Tahun 2024 dengan projek yang bertajuk Sistem Penggera Amaran Air KETENGAH (SPAIK) dan turut memenangi tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi Video Kreatif Madani KKDW Tahun 2024 dengan video yang bertajuk “Mendung Menyinsing”.
Pameran Inovasi Pengurusan dan Inovasi Teknikal turut diadakan di Pekarangan Lobi, KKDW untuk memaparkan produk hasil/inovasi yang dimenangi.
KETENGAH mengucapkan tahniah dan syabas semua yang terlibat dan marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-fatihah kepada pelakon utama “Mendung Menyinsing” iaitu Allahyarham Mohd Rosdi bin Rashid yang menjayakan watak ”Pak Ali”. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 22 November 2024.