7 April 2026 – Yayasan KETENGAH terus memperkukuh agenda kebajikan dan keprihatinan terhadap masyarakat wilayah melalui Penyerahan Sumbangan Kecemasan kepada penduduk yang mengalami kemusnahan kediaman rumah akibat kebakaran dalam kejadian yang berlaku pada 20 Februari 2026 di Kampung Seberang Tayor, Kemaman. Sumbangan ini bertujuan menyantuni mangsa serta meringankan beban yang ditanggung akibat musibah tersebut.
YBhg. Tuan Haji Radzi bin Md Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) mewakili Pengurusan KETENGAH, telah hadir untuk menyampaikan sumbangan daripada Yayasan KETENGAH kepada penerima, Encik Rashib bin Hassan di kediaman anak beliau.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut diiringi bersama YBrs. Dr. Mohd Zaki bin Salleh, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Dun Air Puteh serta pimpinan komuniti setempat. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar bagi memahami keperluan penerima dan keluarga.
Yayasan KETENGAH akan terus komited memantau kebajikan masyarakat di wilayahnya bagi memastikan setiap bantuan kecemasan dapat disampaikan bagi mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.









