Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH SIRI KE-2 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) TAHUN 2026

10 April 2026
KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH SIRI KE-2 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) TAHUN 2026

7 hingga 9 April 2026– Peranan pemandu jabatan jauh lebih besar daripada sekadar membawa kenderaan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemandu jabatan membawa bersama mereka imej organisasi, keselamatan pegawai serta kelancaran urusan rasmi jabatan. Setiap kali kenderaan rasmi berada di jalan raya, masyarakat melihatnya sebagai lambang kepada disiplin dan profesionalisme KETENGAH.


Oleh itu, sebagai langkah meningkatkan tahap pengetahuan, kompetensi, disiplin dan kesedaran keselamatan dalam kalangan pemandu jabatan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Kursus Pemanduan Berhemah Siri Ke-2 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Tahun 2026 pada 7 hingga 9 April 2026 bertempat di Grand Puteri Hotel,Kuala Terengganu.


Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hasri bin Omar, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.


Sepanjang kursus, peserta diberi pendedahan berkaitan amalan pemanduan selamat, pengurusan risiko di jalan raya serta pematuhan tatacara dan etika pemanduan rasmi organisasi.


Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkukuh budaya kerja profesional, berintegriti dan berorientasikan keselamatan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.