Tahun yang berlalu telah menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun dengan iltizam yang tinggi, kerjasama erat serta semangat kebersamaan semua pihak, KETENGAH terus melangkah ke hadapan dalam melaksanakan amanah pembangunan wilayah di kawasan Terengganu Tengah.
Tahun Baharu 2026 hadir sebagai lembaran baharu yang membawa sinar harapan, peluang dan aspirasi yang lebih besar. Ia menuntut komitmen yang berterusan, pemikiran yang progresif serta kesediaan untuk beradaptasi dengan perubahan, khususnya dalam mendepani arus pengitalan, inovasi dan pembangunan mampan. Seiring dengan hala tuju Perancangan Strategik KETENGAH dan kerangka Malaysia MADANI, kami bertekad untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memperluas impak pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran wilayah.
Kami percaya bahawa kejayaan masa hadapan hanya dapat dicapai melalui kesepaduan usaha antara kepimpinan, warga kerja, anak-anak syarikat serta sokongan padu para pemegang taruh. Marilah kita melangkah ke Tahun Baharu 2026 dengan azam yang lebih kukuh, semangat kerja berpasukan yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan keikhlasan.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.
“Peneraju Pemodenan Pembangunan”
“Bersama Membangun”
Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Jemaah Lembaga, Pengurusan serta seluruh Warga Kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta anak syarikat.





