Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM ZIARAH KASIH SANTUNI PESAKIT TERLANTAR DI BANDAR BUKIT BESI

9 September 2026
PROGRAM ZIARAH KASIH SANTUNI PESAKIT TERLANTAR DI BANDAR BUKIT BESI

9 SEPTEMBER 2026 – KETENGAH melalui Yayasan KETENGAH terus memperkukuh komitmen dalam menyantuni masyarakat menerusi Program Ziarah Kasih Pesakit Terlantar Bandar Bukit Besi, sebagai salah satu inisiatif kebajikan dalam membantu golongan yang memerlukan di wilayah KETENGAH.


YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, bersama-sama pengurusan KETENGAH turun padang menziarahi dan menyantuni lima orang pesakit terlantar di sekitar Bandar Bukit Besi.


Turut bersama dalam program berkenaan ialah YBrs. Dr. Kamal Jaffry bin Talib yang memberikan pemeriksaan kesihatan kepada para penerima. Hadir sama Puan Nopisah binti Harun, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Bukit Besi, serta pimpinan tempatan.


Program ini turut melibatkan penyampaian sumbangan berupa tongkat, kerusi roda, katil dan bantuan perubatan mengikut keperluan penerima. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban serta meningkatkan keselesaan penerima dan keluarga dalam menjalani kehidupan seharian.


Antara penerima yang disantuni ialah Encik Ariffin bin Ismail yang menerima sumbangan tongkat, Encik Ibrahim bin Abdul Rahman yang menerima sumbangan kerusi roda, serta Puan Salmah binti Abdullah yang menerima sumbangan katil. Sementara itu, Puan Zahrah binti Tok dan Puan Siti Timah binti Mamat turut menerima bantuan perubatan.


Program Ziarah Kasih ini mencerminkan keprihatinan KETENGAH terhadap kebajikan masyarakat, khususnya golongan pesakit terlantar serta keluarga yang memerlukan sokongan dan perhatian. Selain menyampaikan bantuan, program ini turut menjadi platform bagi KETENGAH untuk mendekati masyarakat secara langsung, mengenal pasti keperluan mereka serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di wilayah KETENGAH terus diberi perhatian.


KETENGAH akan terus memperkasa pelbagai inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan selaras dengan komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. KETENGAH – Sentiasa Dekat, Prihatin dan Bersama Masyarakat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
249
Bulan Ini
17,184
Jumlah
3,962,064

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.