logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Tawan Puncak Gunung Tebu

Bersempena dengan Program Penyerahan Aset Fizikal Program Desa Lestari Kepada Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad, seramai 16 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah di undang menyertai ekspedisi menawan Puncak Gunung Tebu.

Ekspedisi ini disertai seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah Besut, Universiti Putra Malaysia dan peserta Kursus Pengendali Pelawat Tapak Skim Perhutanan Masyarakat (Malim Gunung).

Gunung Tebu yang berketinggian 1,039 meter yang merupakan antara puncak tertinggi di negeri Terengganu dan terkenal dengan laluan pendakian yang mencabar serta keindahan flora dan fauna yang masih terpelihara.

Pendakian dimulakan seawal jam 8.30 pagi pada 12 Julai dan mengambil masa kira-kira 6 hingga 8 jam untuk sampai ke puncak. Pendaki akan melalui akar-akar besar, batu-batan licin, kawasan lembap, dan cerun curam yang menguji kekuatan fizikal dan mental. Laluan ini sesuai untuk mereka yang mahukan cabaran.

Bunyi kicauan burung dan gemersik dedaun hutan memberikan pengalaman mendaki yang menenangkan dengan kepelbagaian biologi hutan hujan tropika.

Program ini juga merupakan salah satu usaha promosi yang dijalankan oleh Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad yang juga merupakan salah satu komponen projek ekopelancongan koperasi ini.

Tahniah kepada Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad yang telah berjaya menganjurkan program sebegini dengan jayanya dan Tahniah juga kepada semua peserta yang berjaya menawan puncak Gunung Tebu serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.