Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PENYERAHAN ASET FIZIKAL PROGRAM DESA LESTARI KEPADA KOPERASI SAHABAT GUNUNG TEBU TERENGGANU BERHAD

11 Julai 2025
MAJLIS PENYERAHAN ASET FIZIKAL PROGRAM DESA LESTARI KEPADA KOPERASI SAHABAT GUNUNG TEBU TERENGGANU BERHAD

Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad hari ini menerima aset-aset fizikal bagi Projek Ekopelancongan di bawah Program Desa Lestari yang merupakan salah satu inisiatif oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasakan sosioekonomi komuniti luar bandar menggunakan pendekatan koperasi.


Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) mewakili Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bertindak sebagai agensi pelaksana program tersebut di negeri Terengganu.


Koperasi berkenaan telah memperoleh geran berjumlah RM500,000.00 yang digunakan untuk membiayai pelbagai komponen projek termasuk pembelian sebuah van penumpang, 16 unit All Terrain Vehicle (ATV), peralatan dan kelengkapan perkhemahan serta kos operasi dan pentadbiran.

Majlis yang berlangsung di Pejabat Operasi, Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad, turut diserikan dengan aktiviti lasak ATV melalui laluan denai, hutan dan anak sungai yang menjadi tarikan utama produk ekopelancongan koperasi tersebut.


Encik Zainuddin dalam ucapannya menyatakan keyakinan bahawa koperasi ini mampu mencipta kejayaan jangka panjang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

“Geran yang disalurkan ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan koperasi untuk menjana pendapatan, membuka peluang pekerjaan serta memberikan manfaat ekonomi kepada komuniti dan ahli koperasi,” katanya.


Hadir sama ke majlis wakil daripada KKDW Putrajaya, Pejabat KKDW Negeri Terengganu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu (SKM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.