Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Yayasan KETENGAH Salur Bantuan Kepada Mangsa Ribut di Bandar Seri Bandi

19 November 2025
Yayasan KETENGAH Salur Bantuan Kepada Mangsa Ribut di Bandar Seri Bandi

Yayasan KETENGAH telah menyalurkan bantuan kepada 31 orang mangsa ribut yang terjejas dalam kejadian yang berlaku di Bandar Seri Bandi. Penyerahan bantuan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang mengalami kerosakan harta benda akibat bencana tersebut.


Majlis sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat, Pengerusi KETENGAH. Turut hadir ialah YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, yang bersama-sama menunjukkan komitmen agensi dalam membantu komuniti luar bandar ketika berlakunya bencana.


Menurut penduduk, Abdul Halim bin Yusoff, ribut kuat yang melanda kawasan itu kira-kira jam 3.30 petang semalam telah menerbangkan beberapa atap rumah di kawasan Rumah Murah Kampung Pasir Gajah. Beliau memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dengan angin kencang disertai hujan lebat, menyebabkan kerosakan pada beberapa kediaman serta menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk.


Bantuan ini mencerminkan keprihatinan KETENGAH terhadap kesejahteraan masyarakat serta usaha berterusan untuk memastikan setiap mangsa menerima sokongan yang sewajarnya.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.