LAWATAN PENANDA ARAS KETENGAH KE KEDA

Delegasi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) meneruskan lawatan penanda aras ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi melihat perkongsian amalan terbaik serta inisiatif pembangunan ekonomi dan keusahawanan luar bandar.
Lawatan turut melibatkan kunjungan ke IKS KEDA Napoh bagi meninjau secara dekat proses pengeluaran produk usahawan, khususnya Aiskrim Saljio dan produk keluaran Kilang Coklat Nokona.
Delegasi KETENGAH diketuai oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) bersama barisan pengurusan KETENGAH dan turut disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA , En. Mohd Azam bin Omar.
Lawatan ini diharap dapat membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh pembangunan usahawan serta meningkatkan potensi produk tempatan di wilayah masing-masing.





