Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Operasi Santuari Kelah Tasik Kenyir Dibuka Semula

24 Ogos 2025
Operasi Santuari Kelah Tasik Kenyir Dibuka Semula

Santuari Kelah di Tasik Kenyir kini dibuka semula kepada orang ramai selepas ditutup sementara dari 22 hingga 24 Ogos 2025 bagi kerja-kerja penyelenggaraan.


Santuari ini terletak di Sungai Petang dan boleh diakses melalui bot dari Pengkalan Gawi. Operasi santuari dijalankan setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang. Baru-baru ini, santuari ini menjadi tumpuan apabila tular dakwaan mengenai kehilangan ikan kelah, yang merupakan tarikan utama pelancong.


Hari ini, ikan kelah telah kembali ke habitat asalnya dan kelihatan jinak, menunggu pengunjung untuk memberi makanan secara dekat. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama-sama agensi berkaitan sentiasa menjalankan pemantauan berkala, dan kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan permata Tasik Kenyir ini terus terpelihara.


YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, bersama-sama pengamal media, hadir untuk menyaksikan kawasan santuari yang kini dipenuhi ikan kelah.


Kunjungilah Santuari Kelah di Tasik Kenyir dan nikmati pengalaman berinteraksi dengan ikan kelah serta keindahan alam semula jadi yang ditawarkan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.