Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 Tahun 2025

28 Disember 2025
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 Tahun 2025

Kelab Keluarga KETENGAH (3K) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 Tahun 2025 bertempat di Dewan Tingkat 3, Bangunan Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH.


Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan terhadap peranan dan sumbangan Kelab 3K dalam menjaga kebajikan warga KETENGAH serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan ahli.


Penganjuran mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan tahunan kelab, termasuk laporan aktiviti, kewangan dan pencapaian sepanjang tahun 2025. Selain itu, mesyuarat turut melaksanakan proses pemilihan barisan ahli jawatankuasa baharu selepas tamat tempoh perkhidmatan jawatankuasa terdahulu, selaras dengan peruntukan perlembagaan kelab.

Dalam mesyuarat berkenaan, para ahli telah menjalankan proses pengundian secara telus dan teratur bagi memilih kepimpinan baharu yang akan menerajui Kelab 3K bagi sesi akan datang. Proses pemilihan berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli yang hadir.


Kelab 3K turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa terdahulu atas dedikasi serta sumbangan besar mereka dalam memacu kelab ke tahap yang membanggakan. Kejayaan pasukan KETENGAH dalam Kejohanan Sukan MAKSPEN XV yang lalu dan nama pasukan KETENGAH kekal digeruni oleh pihak lawan, menjadi antara pencapaian signifikan hasil pentadbiran kelab yang mantap, berdisiplin dan berstrategi.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik. Diharapkan kepimpinan baharu ini mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan, memperkukuh tadbir urus kelab serta menjadikan Kelab 3K lebih mampan, inklusif dan progresif sejajar dengan aspirasi warga KETENGAH.


Mesyuarat agung ini juga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk cabutan bertuah untuk para ahli. Sebanyak lima hadiah utama berupa Gold Bar 1/4 Dinar telah ditawarkan, selain 145 hadiah cabutan lain, sekali gus menambah kemeriahan majlis dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli yang hadir.


Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab yang baru dilantik :-

Encik Faizol bin Abd Aziz – Presiden

Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid- Timbalan Presiden 1

Encik Mohd Ridzuan bin Mamat – SU Kehormat

Encik Mohamad bin Yaacob- Bendahari

Encik Mohd Amro Shaffray bin Abdullah- Ahli Jawatankuasa

Encik Ahmad Khamsa bin Deraman @ Abd Rahman – Ahli Jawatankuasa

Encik Ahmad Marwan bin Hashim – Ahli Jawatankuasa

Encik Muhammad Fakhri bin Khazali – Ahli Jawatankuasa

Encik Che Anuar bin Che Lip – Ahli Jawatankuasa

Encik Ramlan bin Ibrahim – Ahli Jawatankuasa

Encik Azzubir bin Shafiee – Ahli Jawatankuasa

Encik Muhammad Iqram bin Zainal – Ahli Jawatankuasa

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.