Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SESI PERJUMPAAN BERSAMA PESERTA SURI IMPIAN (SURIA) WILAYAH KETENGAH TAHUN 2022, 2023 DAN 2024

7 Jun 2024
SESI PERJUMPAAN BERSAMA PESERTA SURI IMPIAN (SURIA) WILAYAH KETENGAH TAHUN 2022, 2023 DAN 2024

KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH untuk tempoh 3 tahun bermula dari tahun 2022 hingga 2024 melibatkan Ibu tunggal dan Suri rumah dalam Wilayah KETENGAH yang bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga melalui skop kemahiran jahitan dan pengurusan kediaman.


Bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai, satu perjumpaan di antara peserta SURIA bersama Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki dan Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Encik Faizol bin Abd Aziz telah diadakan di Galeri Pavilion Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.



Perjumpaan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian kepada peserta berkaitan kemudahan lain yang disediakan oleh KETENGAH disamping mendengar pandangan peserta terhadap program yang sedang dilaksanakan.


KETENGAH berharap agar para peserta dapat menggunakan peluang yang disediakan dengan sebaik-baiknya dan bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.