logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kelab 3K Anjur Program CAMP S.M.A.R.T

Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) komited menangani gejala ketaksuban pada gajet dan ke arah membentuk jati diri pelajar disamping memupuk semangat kerjasama di antara mereka.

Sehubungan dengan itu, penganjuran Program CAMP S.M.A.R.T telah diadakan bertempat di Bukit Besi Agro Exotic Farm. Seramai 82 orang anak-anak ahli Kelab Keluarga KETENGAH telah menyertai program tersebut bermula 22 hingga 23 Januari 2025.

Program dua hari semalam ini adalah berkonsep keagamaan, motivasi dan riadah telah dikendalikan oleh fasilitator dari universiti tempatan. Antara pengisian program yang dilaksanakan ialah program ceramah motivasi , ceramah agama, night walk & burung hantu, jungle tracking dan masakan rimba.
Selain itu, program riadah turut diatur oleh penganjur seperti program senamrobik, explorace petting zoo, mandi kolam air soopa doopa, memancing dan ronda-ronda mini tractor. Rata-rata peserta amat berpuas hati dan teruja malah ada juga di antara mereka merupakan pengalaman kali pertama tetapi ianya menyeronokkan.

Menurut seorang peserta Luqman Hakim Mohd Jamil, β€œPengalaman night walk iaitu mata tertutup menyusuri danau hutan dan anak sungai merupakan pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Malah program ini dapat memupuk semangat jati diri dan mengenal kekuatan yang ada pada diri sendiri”.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah teleh disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Kelab 3K, Encik Wan Shahrul Nizam Wan Shafi’i.

Semoga program ini memberi manfaat kepada anak-anak ahli di samping mengisi masa lapang yang berfaedah sempena cuti persekolahan. Kelab 3K juga sentiasa berusaha untuk memastikan anak-anak bergiat aktif bukan sahaja di sekolah tetapi di luar sekolah.
“KELAB CEMERLANG KELUARGA GEMILANG”