logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Bicara Ilmu Sempena Sambutan Kebesaran Islam : Peristiwa Israk dan Mikraj 1446H/2025M

23 Januari 2025 (Khamis) Bersamaan 23 Rejab 1446H – KETENGAH dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Masjid-Masjid di Perbandaran KETENGAH telah menjayakan Program Bicara Ilmu Sempena Sambutan Kebesaran Islam : Peristiwa Israk dan Mikraj 1446H/2025M.

Program ini telah dilaksanakan di lima lokasi terlibat iaitu di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah, Masjid Bandar Bukit Besi, Masjid Felda Kertih 4, Masjid Bandar Seri Bandi dan Masjid Jamek Bandar Ceneh Baru. Pengisian program kali ini dimulakan dengan aktiviti gotong royong bersama komuniti penduduk termasuk penyediaan jamuan makan bermula jam 2.00 petang dan diteruskan dengan Bicara Ilmu selepas Solat Maghrib.

⁠Bicara Ilmu kali ini dikendalikan oleh panel penceramah terkemuka tanah air iaitu YH Ustaz Dato’ Badlishah bin Alauddin-Timbalan Mufti Negeri Pahang, YBhg. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Al Joofre, YBhg. Ustaz Haji Mohd Shukri bin Ali, YBhg. Ustaz Haji Ahmad Shukri bin Yusoff dan YBhg. Ustaz Ahmad Hafiz bin Mohd Rosmizi yang telah mengupas berkaitan tajuk ceramah bagi Sambutan Israk dan Mikraj Wilayah KETENGAH ini dan telah menarik kehadiran komuniti penduduk bersama pengurusan, pegawai dan kakitangan KETENGAH dengan anggaran keseluruhan seramai 2,000 orang. Ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang telah terjalin antara KETENGAH bersama komuniti penduduk dalam wilayahnya.

Semoga program dakwah islamiah sebegini dapat dilaksanakan lagi dengan kerjasama erat daripada semua pihak pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi syiar Islam dalam wilayah KETENGAH.