Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH MERIAHKAN KARNIVAL PANTAI TERENGGANU 2026

19 September 2026
KETENGAH MERIAHKAN KARNIVAL PANTAI TERENGGANU 2026

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menyertai pameran sempena *Karnival Pantai Terengganu yang telah berlangsung pada *15 hingga 19 September 2026 (Selasa–Sabtu) bertempat di *Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di reruai KETENGAH seperti Minuman Herba Percuma, Jualan Herba & Produk Kraftangan, Kuiz Interaktif serta Cabutan Pengunjung Bertuah . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu mewakili Menteri Besar Terengganu.


KETENGAH turut berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan program yang menghimpunkan pelbagai agensi dan komuniti dalam mengetengahkan keunikan budaya serta tradisi negeri Terengganu.


Semoga penyertaan KETENGAH dalam program seperti ini terus menjadi platform untuk memperkenalkan produk pelancongan desa, produk herba, kraftangan dan keunikan wilayah KETENGAH sekali gus memperkukuh usaha promosi pelancongan kepada masyarakat dan pengunjung.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.