YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha KKDW telah mengadakan lawatan kerja ke PPK Air Putih dan PPK AMBS bagi melihat sendiri status terkini pelaksanaan projek berkenaan.
Beliau bersama pegawai kanan KKDW tiba pada jam 10 pagi telah disambut oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
YBhg. Datuk KSU telah diberikan penerangan oleh konsultan dan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek berkenaan.
Semoga dengan kehadiran Datuk KSU dapat merancakkan lagi pembangunan projek berkenaan dan seterusnya rakyat mendapat manfaat daripada projek tersebut.
Post Views: 463











