Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Yayasan KETENGAH Salur Sumbangan Kecemasan Bantu Penduduk Terjejas Musibah di Hulu Terengganu

2 April 2026
Yayasan KETENGAH Salur Sumbangan Kecemasan Bantu Penduduk Terjejas Musibah di Hulu Terengganu

Ajil, Hulu Terengganu, 1 April 2026 – Yayasan KETENGAH terus menzahirkan keprihatinan serta komitmen berterusan terhadap kebajikan masyarakat dengan menyalurkan Sumbangan Kecemasan kepada penduduk yang terjejas akibat kejadian pokok tumbang yang menghempap kediaman mereka pada 29 Mac 2026 lalu.


YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH merangkap Pengerusi Yayasan KETENGAH, telah turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa di Kampung Baru Sungai Binjai, Ajil. Lawatan tersebut turut diiringi oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Radzi bin Md Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), barisan pengurusan KETENGAH serta pimpinan komuniti setempat.


Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa sebagai usaha meringankan beban kewangan serta membantu menampung kos pembaikan kediaman yang terjejas. Beliau juga meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni keluarga mangsa bagi memahami keperluan semasa mereka.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan KETENGAH dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, di samping memastikan bantuan kecemasan disampaikan secara pantas, tepat dan berkesan kepada golongan yang memerlukan. Yayasan KETENGAH akan terus memperkasa agenda kebajikan demi kesejahteraan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.