Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Penyerahan Projek Pembangunan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

30 Mac 2026
Majlis Penyerahan Projek Pembangunan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Pengkalan Gawi, 29 Mac 2026 – Projek Pusat Hentian Kenderaan Berat Wilayah KETENGAH di Pengkalan Gawi telah siap dan boleh digunakan untuk kemudahan awam. Projek ini merupakan usaha berterusan KETENGAH dalam mempertingkatkan penyediaan kemudahan infrastruktur awam yang lebih terancang, selamat dan kondusif khususnya bagi kegunaan kenderaan berat di kawasan berkenaan.


Pelaksanaan projek ini merupakan langkah proaktif bagi menangani isu kenderaan berat yang sebelum ini didapati meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di kawasan yang tidak dikhaskan, sehingga berpotensi menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan.


Skop pelaksanaan projek meliputi penyediaan kawasan parkir khas untuk kenderaan berat, kerja-kerja tanah serta pemasangan lampu limpah bagi memastikan kemudahan yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna secara lebih sistematik, selesa dan selamat.


Majlis penyerahan projek telah diadakan dengan penyampaian oleh wakil kontraktor yang dilantik, MKI Prestige Sdn. Bhd., kepada YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, sebagai simbolik penyiapan dan penyerahan rasmi projek tersebut.


Kejayaan menyiapkan projek ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur yang berkualiti, berimpak tinggi dan memenuhi keperluan semasa masyarakat. Inisiatif ini juga adalah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan mampan demi kesejahteraan penduduk serta pembangunan Wilayah KETENGAH secara menyeluruh.


Dalam majlis yang sama, Projek Membaik Pulih Cerun dan Jeti di Kawasan Air Terjun Saok serta Projek Membaik Pulih Cerun dan Jalan di Pengkalan Gawi dan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu turut diserahkan kepada Pengurus Besar KETENGAH setelah kedua-dua projek tersebut berjaya disiapkan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.